Monday, March 31, 2008

Child maths prodigy 'working as a prostitute'

By Megan Levy

Last Updated: 2:02am BST 31/03/2008

A child prodigy who was one of the youngest students to be admitted to Oxford University is now working as a prostitute in Manchester, it has been claimed.

Sufiah Yusof was just 13 years old when she was admitted to the prestigious university to study mathematics.

But 10 years on, Miss Yusof now earns £130 an hour working as a prostitute from her flat in Salford, Manchester, according to the News of the World.

The newspaper claims it sent an undercover reporter to the 23-year-old's home, where Miss Yusof, who allegedly works under the name Shilpa Lee, described the services she reportedly offered.

On her website, she is alleged to have described herself as a "very pretty size 8, 32D bust and 5'5'' tall - available for bookings every day from 11am to 8pm." The website has since been shut down.

The gifted student sparked a massive police hunt in 2001 when, at the age of 15, she ran away from Oxford after passing her end-of-term examinations at St Hilda's College.

advertisement

At the time she sent her family an e-mail, accusing her father of making her life "a living hell" and of putting her through "15 years of physical and emotional abuse".

Mr Yusof denied that he had pushed Sufiah too hard and implied that she was being told what to say by those controlling her.

Police later found her living in Bournemouth, posing as a student among the 30,000 foreigners who go to the seaside resort each year to study English.

Thursday, March 27, 2008

Peluru hidup di Batu Burok antara kemurkaan Sultan

Peluru hidup di Batu Burok antara kemurkaan Sultan

Abdul Halim Mohd Rashid
Thu Mar 27, 08 5:17:02 am MYT

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Hrkh) - Selain penggunaan Wang Ehsan, Sultan Terengganu juga dilaporkan tidak senang dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh berhubung beberapa isu dan dasar lain termasuk peristiwa berdarah di Batu Buruk pada September tahun lalu, lapor Malaysiakini.

Perkara itu ditegaskan ketika Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Badawi menghadap baginda semalam.

Berbeza dengan layanan lemah lembut polis kepada tunjuk perasaan para penyokong Idris baru-baru ini yang antaranya membawa sepanduk yang dilihat menghina Sultan dengan kata-kata "Kami nak Idris, natang (binatang)," dalam tragedi berdarah di Batu Burok, pihak polis mengganasi rakyat tidak bersenjata dengan peluru hidup kononnya kerana berhimpun secara haram.

Dari laporan Malaysian Insider pula, pertemuan antara Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Yang di-Pertuan Agong dan Abdullah jelas memuktamadkan baginda tidak mahu menerima Idris sebagai Menteri Besar.

Menurut laman berita itu, walaupun Abdullah mengemukakan Datuk Mohamed Awang Tera sebagai calon tolak ansur, tetapi Sultan Mizan dengan tegas menyatakan baginda tetap dengan pilihannya supaya Datuk Ahmad Said menjadi Menteri Besar.

Malaysian Insider juga memetik sumber istana yang menyatakan, Sultan Mizan telah memperlihatkan rasa tidak senang baginda kepada Idris sejak hujung tahun lalu lagi.

Sumber itu menyenaraikan beberapa episod dan polisi yang tidak disenangi baginda.

Blogger Ahirudin Attan (rockybru.blogspot.com) pula menyatakan, sumber-sumber beliau memberitahu, Abdullah dititah supaya menerangkan bagaimana Wang Ehsan digunakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Idris.

Sejak Barisan Nasional (BN) merampas pemerintahan dari PAS dalam pilihan raya umum 2004 yang lalu, kerajaan pusat memberikan Wang Ehsan kira-kira RM1 bilion setahun kepada kerajaan Terengganu. Wang Ehsan tidak diberikan ketika PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004.

Terengganu mempunyai jumlah penduduk miskin yang kedua paling ramai selepas Sabah.

Menurut Ahirudin, Abdullah juga dititahkan supaya bertemu dengan Ahmad.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah akhbar harian semalam melaporkan kata-kata Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang dilihat seolah-olah terus mencabar keputusan Sultan melantik Ahmad sebagai Menteri Besar.

Akhbar tersebut melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil itu menyatakan bahawa 22 dari 24 Adun BN Terengganu telah mendesak Abdullah supaya berkeras untuk melantik Idris sebagai Menteri Besar.

Dengan keyakinan bahawa berita yang baik berada di sebelah pihak mereka, Rosol yang berada di Kuala Lumpur bersama-sama Idris dan 21 Adun lain, lapor akhbar itu, menyatakan, "kami begitu kuat sekarang".

Beliau juga mendakwa, kesemua 22 Adun itu yang dilaporkan pulang ke Terengganu semalam berdiri teguh di belakang Idris.

"Kami hanya menerima arahan daripada Perdana Menteri atau Idris," tegas beliau.

Wednesday, March 26, 2008

Menantu PM punca pergolakkan antara UMNO dan Istana Terengganu

Pergolakkan di Terengganu mengenai perlantikkan MB adalah berpunca dari menantu PM. Beliau tetap mahukan Idris Jusoh walaupun pihak istana terang-terangan tidak mahukan boneka kepada Patrick Lim itu.

Mengapa menantu PM mahukan Idris Jusoh terus berkuasa?

Hanya Idris Jusoh yang akan mempertahankan Patrick Lim untuk terus bermaharajalela di Terengganu. Patrick Lim adalah sumber kewangan terbesar untuk Pak Lah dan Menantu. Jika projek-projek Patrick Lim terus berjalan di Terengganu, menantu Pak Lah akan terus mempunyai dana untuk menguasai negara.

Dengan kuasa yang ada pada bapa mertuanya, Ahmad Said telah dipecat kerana menerima watikah perlantikkan Menteri Besar daripada pihak istana. Adun Kijal itu disingkirkan daripada UMNO hanya kerana beliau setia dan patuh kepada Sultan Terengganu.

UMNO yang selama ini jaguh kepada perjuangan mempertahankan kedaulatan Raja dan orang-orang Melayu kini telah bertukar menjadi penderhaka kepada Raja dan orang-orang Melayu. Semua ini kerana adanya menantu PM yang menang di Rembau dengan cara penipuan.

Raja disanggah hanya kerana ingin mempertahankan Pak Lah, Menantu dan Patrick Lim! Bangkitlah wahai orang-orang UMNO. Kami di Rembau tidak akan mengalah dalam perjuangan untuk Menyingkirkan Pak Lah dan menantunya dari UMNO.

Kami telah membuktikan dengan memboikot menantu PM di Rembau. Jika tidak ada penipuan, beliau sudah pasti akan kalah dalam pilihanraya umum yang lalu.

Tuesday, March 25, 2008

Idris Jusoh gagal jadi 'Sultan' harus kosongkan kerusi Jertih

Oleh Mohd Sayuti Omar   

Selasa, 25 Mac 2008

Halaman 1 terhadap 2

MELIHAT dan memerhati apa yang berlaku di Terengganu – kemelut dan perebutan jawatan MB Terengganu ia semuanya berpunca daripada sikap keras kepala dan degil Idris Jusoh. Kalau Idris Jusoh tidak keras kepala dan degil, pasti kemelut itu tidak akan terheret begitu jauh sehingga menimbulkan ketegangan antarta Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dan Umno.

Tetapi gara-gara Idris keras kepala menyebabkan hubungan istana dengan sebilangan Umno di Terengganu begitu meruncing dan tegang. Jika tidak dibendung masa depan Umno dengan istana juga akan menjadi tidak ‘lendik’.

Dari segi demokrasi memanglah parti Idris Jusoh (Umno) berhak untuk menerajui kerajaan Terengganu. Salah seorang daripsada 24 Adun itu boleh dilantik menjadi Menteri Besar. MB bukan seharusnya Idris Jusoh walaupun sebelum ini beliau menjadi MB. Hakikat ini seakan cuba dinafikan Idris dan merasakan dirinya saja yang layak menjadi MB.

Kuasa demokrasi dan istana dalam konteks amalan dan tardisi orang Melayu memerintah negeri adalah sama berkuasa. Rakyat dan dengan istana saling bergantungan dan kukuh mengukuh antara satu sama lain.

Dalam satu-satu hal demorkasi kena akur kepada kemuliaan raja, dn dalan hal-hal tertentu dan keadaan tertentu pula raja atau istana perlu menghormati kuasa dan aspirasi rakyat.

 

Istana atau sultan sangat arif mengenai itu. Apa lagi Sultan Ternegganu adalah antara sultan yang berhemat, berbudi tinggi dan pengamal syariat (Islam) yang membanggakan umum. Baginda tidak ada kepentingan peribadi dalam kemelut di Terengganu itu. Apa yang dilakukan ialah demi rakyat dan negeri.

 

Apabila Sultan Terengganu tidak mahu menerirma Idris Jusoh menjadi MB maka adalah sebab musababnya. Sultan tidak akan bertindak sewenang-wenangnya kalau tidak ada sebab musabab. Tentulah pula tindakan itu lebih menjaga kepentingan rakyat dan negeri daripada menjaga dan mahu mengambil hati segelintir manusia lain.

Istana atau sultan sangat arif mengenai itu. Apa lagi Sultan Ternegganu adalah antara sultan yang berhemat, berbudi tinggi dan pengamal syariat (Islam) yang membanggakan umum. Baginda tidak ada kepentingan peribadi dalam kemelut di Terengganu itu. Apa yang dilakukan ialah demi rakyat dan negeri.

Apakah rahsia maka Idris berkeras tetap mahukan jawatan MB itu tidak pula diketahui. Cuma jika dilihat kepada sikap keras kepala Idris itu ianya memberi gambaran ada sesuatu perkara besar yang cuba dipertahankan dan sedang diselindungi oleh Idris. Apakah beliau bimbang jika beliau tidak menjadi MB beliau akan berhadpan dengan maslaah.

Ataupun beliau sebenarnya sedang cuba berusaha melindungi rahsia orang lain. Kedudukannya sebagai MB selama empat tahun lalu (2004 – 2008) beliau telah melakukan sesutu yang jelek di mana kalau ia terbongkar boleh menjejaskan kehormatan dan kredibiliti orang lain. Begitukah?
Maksudnya Idris hari ini sedang berjuang kerana ingin menyelamatkan orang lain walaupun beliau terpaksa membakar diri sendiri!

Dari segi zahiriah dan moralnya, Idris sudah tidak layak menjadi MB. Beliau cakap tidak serupa bikin, dan bikin tidak serupa cakap. Mulanya beliau menyerahkan dirinya kepada qoda dan qadar. Beliau juga memperakui akan menyerahkan segala-galanya kepada istana.

“Apa saja yang diputuskan oleh istana, saya akan ikut,” begitulah tutur Idris Jusoh.
Idris Jusoh ternyata tidak berpegang kepada kata-katanya sendiri. Beliau seakan mahu melawan qoda dan qadar dan cuba menjadi raja. Beliau seakan yakin bahawa kedudukannya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu serta watikah yang diberikan oleh Abdullah Ahmad Badawi itu mengatasi ketentuan Allah dan juga mengatasi kuasa raja.

Inilah silap dan puncanya mengapa kemelut dan perebutan itu berpanjangan. Sekiranya beliau akur dan sedia menerima ketentuan Allah s.w.t. sudah tentu gelora dan kemelut itu tidak akan berpanjangan. Hari ini negeri Terenggau sudah pun mempunyai Kerajaan baru seperti mana negeri-negeri lain.

Pun begitu masa masih belum terlamat untuk Idris mahasabah diri. Kemelut di Terengganu boleh dilengsaikan. Apa yang Idris perlu fikirkan bukan soal air mukanya tetapi kedudukan rakyat Terengganu.

Sebaiknya Idris memohon ampun kepada Sultan Terengganu, dan ‘perkenankan’ Ahmad Said menjadi Menteri Besar. Selepas itu sebagai tangungjawab ke atas apa yang berlaku Idris hendaklah dengan terhormatnya melepaskan kerusi DUN Jertih. Afdal juga Rosol Wahid perlu melepaskan kerusi DUN Ajil kerana beliau adalah hulubalang Idris dalam mengeruhkan keadaan politik di Terengganu hari ini.

 

Embun Pagi: Keangkuhan Umno punca kalah - Koh Tsu Koon

Embun Pagi: Keangkuhan Umno punca kalah - Koh Tsu Koon

Keangkuhan Umno punca kalah - Koh Tsu Koon

Keangkuhan Umno punca kalah - Koh Tsu Koon

 

Abdul Halim Mohd Rashid
Tue | Mar 25, 08 | 5:03:01 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Selepas Naib Ketua Pemuda Gerakan, S. Paranjothy menyifatkan Umno sebagai punca kaum India terpinggir di negara ini, Pemangku Presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula menyalahkan "keangkuhan kuasa" beberapa pemimpin Umno sebagai punca kekalahan partinya dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

"Tindakan, kata-kata dan perbuatan beberapa pemimpin Umno sejak dua tahun lalu mengakibatkan rasa marah (rakyat)," kata Dr Koh selepas mempengerusikan taklimat parti itu semalam.

Bagaimanapun, beliau mengakui pihaknya mungkin tidak melakukan yang secukupnya.

"Mungkin kuasa telah naik ke kepala setelah memimpin Pulau Pinang selama 39 tahun," katanya.

Mengenai saranan-saranan dalam taklimat itu, Koh berkata, kepimpinan tertinggi parti itu dituntut supaya lebih lantang bersuara untuk rakyat.

"Kami mengakui bahawa kami terlalu sibuk dengan kerja-kerja di dalam kerajaan dan mungkin kami telah terpisah dari rakyat," katanya.

Perkembangan seterusnya akan memperlihatkan adakah Dr Koh akan menerima nasib yang sama seperti Paranjothy.

Berikutan kenyataan Naib Ketua Pemuda Gerakan itu, Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menuntut pucuk pimpinan Gerakan mengambil tindakan tegas ke atas Paranjothy.

Kalau ia melibatkan parti atau Pemuda saya, sudah lama saya pecat (orang itu). Tetapi ini bukan ahli Pemuda saya, parti saya, maka saya serahkan kepada Gerakan untuk menentukan, katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula menyifatkan kenyataan Paranjothy itu telah melanggar disiplin Barisan Nasional (BN).

 

Umno Muar tuntut Abdullah undur

Umno Muar tuntut Abdullah undur

 

Abdul Halim Mohd Rashid
Tue | Mar 25, 08 | 5:42:58 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Sokongan terus terang kepada Tengku Razaleigh Hamzah untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai Presiden Umno sudah bermula.

Di Muar, sebuah akhbar tempatan melaporkan 80 ketua cawangan mendesak pemimpin mereka mengadakan mesyuarat agung khas bahagian itu untuk menuntut Abdullah berundur.

Kumpulan itu, termasuk jawatankuasa, Pemuda dan Wanita bahagian berkenaan berkumpul di rumah Datuk Kadar Shah Tun Sulaiman untuk mendapatkan pandangannya sebelum membuat keputusan mereka.

Mereka kecewa apabila Ketua Bahagian Muar, Datuk Mohd Ismail Mohd kehilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Adun Maharani kini ialah Dr Mohamad Taslim dari PAS yang mendapat 8,154 undi dalam pilihan raya baru-baru ini berbanding 7,996 yang diperolehi Mohd Ismail.

Mereka yakin sudah sampai masanya Umno dipulihkan.

Jurucakap mereka, Zakariah Mahadi menyatakan, kepimpinan Umno mestilah bertanggungjawab atas keputusan pilihan raya baru-baru ini dan meletak jawatan.

Zakariah, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Balang menyatakan, ramai ahli Umno di bahagian itu yang sedih dengan kekalahan Barisan Nasional (BN).

"Kami juga mengambil keputusan untuk memberikan sokongan kepada usaha Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk memulihkan maruah Umno," akhbar tersebut memetik beliau berkata selepas perhimpunan itu.

Menurut beliau, ahli-ahli di bahagian itu sedih kerana para pemimpin Umno gagal melihat angin perubahan yang melanda negara.

Sementara itu, Kadar yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Tengku Razaleigh berkata, Abdullah sepatutnya mendengar desakan akar umbi yang mahu beliau berundur.

Rakyat, katanya, sudah tidak tahan lagi dengan rasuah, kronisme, nepotisme dan penyalahgunaan kuasa.

 

Monday, March 24, 2008

Siapa dituduh binatang? Sultan?

Siapa dituduh binatang? Sultan?

 

Abdul Halim Mohd Rashid
Mon | Mar 24, 08 | 11:01:13 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Perdana Menteri (PM) yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti menjelaskan siapakah yang dimaksudkan binatang dalam sepanduk tunjuk perasaan penyokong-penyokong Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Sepanduk itu tertulis "Kami nak Idris, natang".

"PM, TPM (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak), Idris dan 23 Adun yang dilaporkan dikurung oleh Idris untuk memastikan mereka menyokong cita-citanya menjadi Menteri Besar (MB) kini dilihat sebagai pihak yang bertanggungjawab merestui sepanduk di dalam demonstrasi penyokong-penyokong Idris Jusoh itu.

"Siapa dituduh binatang? Sultan (Terengganu)?" tanya beliau.

Sambil menyifatkan perbuatan itu lebih buruk dari kebiadaban dan sifat kurang ajar, Mahfuz mengingatkan Perdana Menteri dan penyokong-penyokongnya bahawa merekalah yang dituduh sebagai pihak yang bertanggungjawab dengan sepanduk itu.

"Tunjuk perasaan itu menyokong Idris. Idris adalah kehendak PM (untuk menjadi MB). TPM pula hanya ikut sahaja kehendak PM sebab beliau kini didakwa terlalu takut kepada PM.

"Sebab itulah saya diberitahu sudah bertebaran SMS di sana sini yang menuduh PM, TPM, Idris serta 23 Adun tersebut yang 'buat' sepanduk itu," kata beliau.

Polis tidak cari?

Mahfuz menuntut pihak polis bertindak segera ke atas sesiapa sahaja yang terlibat dengan sepanduk itu yang turut ditayangkan dalam laporan berita sebuah stesen TV tempatan semalam.

"Tahun lalu, ketika polis menuduh pembangkang mengadakan perhimpunan haram di Batu Burok, sibuk sangat mereka mencari siapa membakar jalur gemilang untuk menutup perbuatan mereka menembak rakyat yang tidak bersenjata dengan peluru hidup.

"Kenapa tidak cari siapa yang buat dan pamer sepanduk-sepanduk yang dilihat menghina Sultan itu? Amboi, bukan main lembut dan mesra Ketua Polis Terengganu memberi nasihat," kata beliau.

Bernama melaporkan, Ketua Polis Terengganu Datuk Ayub Yaakob menasihati pihak-pihak yang terlibat dalam kemelut berhubung pelantikan Menteri Besar Terengganu agar tidak menghadiri atau terlibat dalam mana-mana perhimpunan haram.

Ayob terkenal berikutan tindakan polis menggunakan peluru hidup menembak rakyat yang dituduh menghadiri perhimpunan haram di Batu Buruk tahun lalu.

Kedegilan

Sambil menyifatkan apa yang berlaku itu adalah akibat kedegilan Abdullah untuk melantik Idris sebagai MB sehingga mengetepikan perubahan dan keamanan di Terengganu, Mahfuz meminta rakyat Terengganu membuat lebih banyak laporan polis ke atas Abdullah, Najib serta 23 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang terlibat.

Malaysiakini melaporkan, petang tadi, Angkatan Muda KeADILan (AMK) membuat laporan terhadap PM, TPM serta 23 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang didakwanya bersikap biadap dan menderhaka kepada Sultan Terengganu.

Laporan tersebut dibuat oleh Timbalan Ketua AMK pusat, Fariz Musa, di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu jam 4.30 petang tadi.

"Lebih banyak laporan polis ke atas mereka perlu dibuat kerana apa yang berlaku itu mencabar kedaulatan undang-undang dan keluluhuran perlembagaan.

"Rakyat tidak boleh biarkan perbuatan itu, nanti Umno dan BN akan pijak lagi kedaulatan undang-undang dan keluluhuran perlembagaan. Selepas (dibuat laporan polis) itu, rakyat boleh tengok sendiri apa polis buat," katanya.

Kurang ajar

Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al- Habshee berkata, tindakan Umno Terengganu yang menentang secara terang-terangan pilihan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) itu secara tidak langsung mencerminkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati kedaulatan kesultanan Melayu.

"Kalau kita ada masalah kita kena duduk berbincang, sultan adalah kedaulatan orang Melayu, saya khuatir rakyat hilang kepercayaan.

"Bukan dengan cara macam ini (bantah), kurang ajar dengan Sultan," katanya.

"Kita marah apabila DAP memulaukan keputusan Istana Perak, malah, kita memaki-hamun DAP kerana menderhaka kepada Sultan tetapi di Terengganu keadaan terbalik pula, Umno Terengganu sanggup menentang Sultan yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong secara terbuka," katanya lagi.

Akhbar tersebut juga melaporkan, rakyat Terengganu mahu semua pihak menerima dan menghormati keputusan MPPR yang melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Tinjauan akhbar itu di sekitar Kuala Terengganu mendapati, rakyat berpendapat, keputusan yang dibuat oleh MPPR perlu diterima bagi mengelak dituduh menderhaka kepada istana.

"Kita sebagai rakyat Terengganu perlu menerima keputusan yang dibuat oleh MPPR kerana jika tidak ikut, kita seperti menderhaka kepada sultan," akhbar itu memetik seorang peniaga buah, Zainal Abidin, sebagai berkata. (Gambar penunjuk perasaan membawa sepanduk yang tertulis "Kami nak Idris, natang" boleh dilihat di sini)

 

"Rakyat telah tentukan siapa patut tadbir Selangor, hormati institusi kesultanan" Sultan

Oleh Bernama   

Isnin, 24 Mac 2008

KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu wakil rakyat, sebagai perantara di antara baginda dan rakyat, supaya menghormati dan memelihara Institusi Kesultanan sebagai teladan yang baik kepada rakyat.

"Hari ini rakyat telah menentukan siapa yang patut mentadbir negeri Selangor yang maju dan makmur ini.

Marilah kita sama-sama melayari bahtera kemajuan yang telah kita capai ini dengan penuh azam dan tekad supaya negeri Selangor yang kita kasihi ini akan terus maju dan rakyatnya akan dapat bersama-sama menikmati dan berkongsi kemakmuran ini," titah baginda di Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor di Istana Alam Shah di sini, Isnin.

Baginda bertitah bahawa pentadbiran negeri adalah berasaskan adat dan budaya di mana Institusi Kesultanan adalah amat penting sebagai tunjak keamanan negeri.

Ini kerana sungguhpun rakyat di negeri ini terdiri daripada mereka yang berbilang kaum dengan adat, budaya dan agama yang berlainan, mereka adalah di bawah naungan Sultan sebagai payung untuk mereka berteduh dan berlindung, titah baginda.

"Oleh itu Beta menyeru kepada rakyat yang Beta kasihi supaya sentiasa menghormati akan adat dan budaya yang telah kita warisi sejak turun temurun.

Kehalusan kebudayaan yang kita warisi ini serta hormat-menghormati antara satu dengan lain akan mengeratkan lagi keharmonian dan mengekalkan ketenteraman negeri Selangor," tegas Baginda.

Sultan Sharafuddin mengingatkan bahawa baginda tidak berkenan rakyat yang bersikap ekstremis kerana ia akan merosakkan negeri Selangor dan baginda tidak akan teragak-agak untuk menitahkan pihak polis atau pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan keras terhadap golongan ekstremis ini.

Baginda turut mengulangi ingatannya supaya rakyat tidak menjadikan masjid dan surau di negeri ini sebagai medan berpolitik.

Masjid dan surau adalah tempat suci yang digunakan untuk beribadah dan janganlah ia digunakan sebagai gelanggang bagi parti-parti politik mengadakan ceramah dan perkara lain untuk kepentingan politik mereka, titah baginda.

"Beta hanya berkenan mereka yang telah dikurniakan tauliah oleh Beta dibenarkan untuk menjadi Imam dan membaca khutbah di masjid-masjid dan surau-surau di negeri Selangor ini.

"Perkara ini telah Beta sarankan beberapa kali dalam titah ucapan Beta dan Beta berharap akan dipatuhi oleh rakyat Beta yang beragama Islam supaya kesucian agama Islam dapat dipelihara dan tidak dimanipulasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," tegas Baginda.

Sultan Sharafuddin turut menekankan bahawa rakyat Selangor mahukan kualiti kehidupan yang lebih elok dalam suasana alam sekitar yang bersih dan teratur, oleh itu segala rintihan mereka mestilah diatasi dengan segera oleh wakil-wakil rakyat.

 

Presiden PAS seru rakyat Terengganu hormati keputusan Istana

Presiden PAS seru rakyat Terengganu hormati keputusan Istana

 

Azamin Amin
Mon | Mar 24, 08 | 1:28:32 am MYT

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh)- PAS menyatakan sokongan penuh dan menerima keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu berhubung perlantikan Menteri Besar Terengganu yang baru selepas dua minggu Barisan Nasional (BN) Terengganu memenangi Pilihan Raya Umum yang lalu.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata beliau percaya keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja itu mengambil kira dan menitik-beratkan hasrat dan kehendak sebenar rakyat negeri Terengganu keseluruhannya.

Semalam pihak Istana Trengganu telah bersetuju melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Dato' Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar sekaligus menamatkan era kepimpinan Dato' Seri Idris Jusoh satu penggal.

Ahmad Said menerima watikah pengisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru dan watikah tersebut diserahkan kepada beliau oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), dan juga adinda Sultan Terengganu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Shah.

"PAS yakin yang keputusan pihak Istana Terengganu itu bersandarkan ketidak-puasan hati Istana dan rakyat terhadap kepimpinan Menteri Besar yang lalu.

"Keputusan itu sudah pasti difahami dan diterima rakyat oleh kerana merekalah yang sebenarnya menanggung kesan langsung hasil dari ketidakcekapan dan kerakusan pimpinan negeri yang lalu," kata Ustaz Hadi dalam satu kenyataan medianya.

Beliau menyeru seluruh rakyat negeri Terengganu agar menghormati keputusan pihak Istana itu dan menyatakan pentingnya kerjasama yang dijalin antara antara rakyat dengan Istana.

"Sesungguhnya kerjasama antara rakyat dan Istana sangat penting, insya-Allah demi menjamin kestabilan dan kemakmuran negeri Terengganu Darul Iman," katanya.

 

PM mahu Idris untuk jaga rahsia? - Husam

PM mahu Idris untuk jaga rahsia? - Husam

 

Abdul Halim Mohd Rashid
Mon | Mar 24, 08 | 7:01:59 am MYT

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan apa pentingnya Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar (MB) Terengganu sehingga badai politik dengan istana perlu dicipta?

"Idris saja boleh memimpin Terengganu atau Abdullah ada menaruh rahsia tertentu yang Idris saja boleh menjaganya?

"Adakah di sana rahsia tentang perbelanjaan Monsoon Cup atau Masjid Kristal yang menambat ikatan antara Abdullah dan Idris?

"Tidakkah cukup monsoon hujung tahun membadai Terengganu sehingga badai baru pula hendak dicari?" soal beliau dalam blognya, cetusan-hati.blogspot.com

Sultan tahu?

Mengulas punca penolak istana itu, Husam berkata, mungkin ada yang diketahui Sultan atau Majlis Pemangku Raja yang tidak diketahui oleh kita semua.

"Sultan, atau dalam kes Terengganu, Majlis Pemangku Raja, berhak menolak mana-mana calon yang dicadangkan kerana Sultan bukan robot".

Terpulang kepada Umno mencadangkan nama baru yang boleh diterima oleh kedua belah pihak, katanya lagi.

"Jika itu pun tak dapat diuruskan, ke mana negara kita akan dibawa?"

Beliau juga mempersoalkan, adakah Idris begitu sempurna sehingga Sultan atau Majlis Pemangku Raja tidak mempunyai sebab dan kebijaksanaan mereka sendiri menolak Idris.

PM tambah musuh

Kepada Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu, apa yang berlaku di Terengganu itu memperlihatkan Abdullah menambah satu lagi musuh - istana.

Ketika segelintir ahli Umno Pulau Pinang bertempik melaungkan pembelaan Melayu di pulau di mana Melayu telah dipinggirkan selama lima puluh tahun dan Umno adalah sebahagian dari mekanisma itu, di Perlis dan Terengganu, Umno pimpinan Abdullah menunjukkan belangnya tidak mengindahkan sesiapa, hatta Raja-Raja Melayu, katanya.

"Apa yang hendak diperjuangkan Abdullah?"

Sebelum pilihanraya, kata beliau, pengundi Cina yang pertama merasa kecewa dengan kepimpinan beliau. Kekecewaan itu tidak dirawat sehingga Barisan Nasional (BN) menerima padahnya. Kekecewaan pengundi Cina diikuti pengundi India, seperti yang telah kita saksikan.

Menjelang pilihanraya baru-baru ini, katanya lagi, Abdullah melancarkan serangan terbuka untuk menawan Kelantan yang merupakan tapak Melayu-Islam.

"Perasaan umum pengundi Melayu itu pun Abdullah sanggup lukai".

Pengundi Melayu seluruh negara tidak kurang ramai yang bersimpati dengan Kelantan, sekalipun mereka mungkin penyokong Umno, kata Husam.

"Tema umum ialah, biarkan Kelantan kekal bersama PAS. Biarlah ada keragaman".

Akibat kelemahan kepimpinan Abdullah yang kian ketara, katanya, rakyat tertekan.

"Abdullah tidak tertekan, walaupun hilang lima negeri. Beliau gembira?"

 

Siapa pecat Ahmad Said?

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Rosol Wahid, yang juga penyokong kuat mantan MB Idris Jusoh, calon yang menjadi pilihan Presiden UMNO Abdullah Ahmad (Pak Lah).

Saya pernah mengulas mengenai kuasa pemecatan yang ada dalam UMNO dan untuk kes ini, elok juga diulangi.

Buat permulaan, Presiden UMNO, Setiausaha Agung UMNO mahupun pengerusi dan setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri tiada kuasa untuk memecat mana-mana ahli UMNO.

Presiden UMNO hanya diberi kuasa oleh Perlembagaan UMNO seperti berikut:-

1. menjadi pemimpin utama dan bertanggungjawab menjaga kesempurnaan perjalanan parti.
2. melantik setiausaha agung, bendahari dan pengerusi dan timbalan pengerusi Perhubungan Negeri dan Wilayah Persekutuan.
3. memanggil dan mempengerusikan sidang Majlis Tertinggi
4. melantik tidak lebih daripada dua belas (12) Ahli Majlis Tertinggi.

Itu saja kuasa dan tugas yang diberikan oleh Perlembagaan UMNO kepada presiden UMNO. Saya tidak jumpa dimana-manapun dalam Perlembagaan UMNO yang memberi kuasa kepada presiden parti untuk memecat mana-mana ahli parti. Tidak ada.

Mari kita lihat kuasa atau tugas yang diperuntukkan oleh Perlembagaan UMNO kepada setiausaha agung.

1. bertanggungjawab kepada presiden
2. bertanggungjawab atas kesempurnaan sidang-sidang Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agung.
3. menyediakan Penyata Tahunan yang menerangkan pekerjaan dan kemajuan parti dalam masa setahun kepada Majlis Tertinggi.

Itu saja.

Bagaimana pula dengan pengerusi dan setiausaha Badan Perhubungan Negeri, apa tugas yang diperuntukkan oleh Perlembagaan UMNO.

Pengerusi ditugaskan untuk melantik setiausaha, ketua penerangan dan bendahari; memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan; bertanggungjawab atas semua pegawai dan anggota pejabat Badan Perhubungan.

Setiasuaha Badan Perhubungan pula bertanggungjawab secara langsung kepada pengerusi; bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat dan pejabat perhubungan; dan memanggil mesyuarat.

Jadi, atas peruntukan mana dan perkara mana dalam Perlembagaan UMNO yang digunapakai oleh Rosol Wahid apabila dia menyatakan bahawa Ahmad Said dipecat daripada parti? Dia tiada kuasa, Idris Jusoh selaku pengerusi pun tiada kuasa, Pak Lah selaku presiden pun tiada kuasa apatah lagi Teuku Adnan Teuku Mansor yang begitu ghairah memegang jawatan setiausaha agung.

Kalau barisan kepimpinan UMNO sendiri tidak mengikut dan berpandukan apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan UMNO, siapa yang nak ikut? Jangan salahkan anak apabila dia kencing berlari apabila si bapa kencing berdiri.

Seperti yang pernah saya utarakan sebelum ini, hanya Lembaga Disiplin yang diberi kuasa untuk mengambil tindakan ke atas anggota yang melanggar peruntukan Perlembagaan UMNO dan kesalahan lain yang disenaraikan dalam Tataetika Ahli UMNO.

Majlis Tertinggi diberi kuasa untuk menubuhkan Lembaga Disiplin dan ahli-ahli Lembaga Disiplin yang dilantik oleh Majlis Tertinggi mesti terdiri dari ahli-ahli yang tidak berjawatan dalam parti dan tidak mempunyai kepentingan dalam pemilihan.

Majlis Tertinggi boleh menurunkan kuasa disiplin kepada mana-mana jawatankuasa di peringkat Perhubungan Negeri atau Bahagian. Mungkin peruntukan ini yang digunapakai oleh Rosol Wahid tetapi persoalnnya, bilakah Majlis Tertinggi bersidang untuk berbuat demikian?

Selain daripada itu, Lembaga Disiplin di peringkat Badan Perhubungan Negeri atau Bahagian, setelah mendengar dan berpuas hati terhadap pelanggaran peruntukan Perlembagaan UMNO atau Tataetika Ahli UMNO, boleh mengenakan mana-mana hukuman setakat yang diperturunkan kuasa oleh Majlis Tertinggi.

Persoalannya, bilakah Badan Perhubungan UMNO Terengganu menubuhkan Lembaga Disiplin dan bila pula ia diarahkan oleh Majlis Tertinggi untuk berbuat demikian?

Oleh itu, tindakan Rosol Wahid mengumumkan pemecatan atau apa-apa tindakan lain ke atas Ahmad Said adalah tidak mengikut semangat Perlembagaan UMNO atau Tataetika Ahli UMNO.
Dalam erti kata lain, tidak sah.


Yang jelas dan nyata dalam Perlembagaan UMNO ialah Perkara 20.10 yang menyentuh tentang pemecatan seseorang ahli yang bertanding sebagai calon bebas atau parti lawan dalam pilihan raya dan ahli yang dipecat itu tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya.

Dalam kes Ahmad Said, dia bertanding atas tiket Barisan Nasional bukan sebagai calon bebas atau atas tiket parti lawan. Jadi, dia tidak boleh dikenakan tindakan berasaskan Perkara 20.10 Perlembagaan UMNO.

Nampaknya, isu atau krisis perlembagaan membabitkan perlantikan MB Terengganu menjadi semakin kusut dan jalan penyelesaian mungkin tidak dapat dicapai oleh pihak-pihak yang terbabit.

Jalan terbaik untuk menyelesaikan kebuntuan dan untuk mengelak kejadian-kejadian yang tidak diingini daripada berlaku, Suruhanjaya Pilihanraya hendaklah diberi mandat untuk mengadakan semula pilhan raya peringkat negeri Terengganu.

Kita bimbang sekiranya krisis ini tidak dapat diselesaikan secara baik dan aman, Kerajaan Persekutuan berkemungkinan akan menggunakan kuasanya untuk mengisytihar darurat dan meggantung Perlembagaan Negeri dan mengambil alih kuasa pemerintahan sehinggalah darurat ditarik balik.

 

PM bantah keputusan Istana, Umno pecat Ahmad

PM bantah keputusan Istana, Umno pecat Ahmad

 

Azamin Amin
Mon | Mar 24, 08 | 1:37:04 am MYT

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Setelah Peguam Negara 'campur tangan' berhubung perlantikan Menteri Besar Terengganu yang tertangguh dua minggu, kini keadaan 'diburukkan' lagi dengan kenyataan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilihat membantah keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja Trengganu melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kijal, Dato' Ahmad Said ke jawatan tersebut.

Selain itu, Umno yang kini seolah-olah 'menunjukkan taringnya' kepada pihak Istana melakukan tindakan yang mengejutkan banyak pihak apabila melucutkan keahlian Ahmad dalam Umno kerana mengingkari arahan Umno Malaysia supaya tidak menerima watikah pelantikannya itu.

Dilaporkan Ahmad, menerima watikah pengisytiharan pelantikannya daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang juga adinda Sultan Terengganu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Shah.

Abdullah dipetik sebagai berkata bahawa pelantikan Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu dilihat sebagai tidak mengikut perlembagaan.

"Semua Adun yang bilangannya agak besar itu tetap menyokong Dato' Seri Idris Jusoh. Itu satu perkara yang tidak ada perubahan dari segi sokongan.

"Dengan itu, maka sebarang lantikan yang dibuat terhadap orang lain itu, tidak kena dengan Perlembagaan," katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan 22 Adun BN negeri yang membantah pelantikan Ahmad hari ini.

Sementera itu menurut Malaysiakini, Setiausaha Agung Umno yang baru Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata Ahmad tidak berhak menerima watikah itu kerana Abdullah yang juga Presiden Umno, telah mengeluarkan surat cara pelantikan kepada Idris Jusoh untuk jawatan tersebut.

Manakala Setiausaha Umno Terengganu, Dato' Rosol Wahid berkata perlucutan keahlian Ahmad dalam Umno kerana menerima watikah pelantikan tersebut pagi semalam dan surat rasmi pemecatan Ahmad akan dikeluarkan oleh pihak Umno Malaysia katanya kepada Malaysiakini.

Terengganu mengalami krisis pelantikan menteri besar sejak tamatnya pilihanraya umum 8 Mac walaupun BN menguasai 24 daripada 32 kerusi DUN.

Idris, yang 'merampas' negeri itu daripada pentadbiran PAS pada 2004, tidak mendapat 'restu' istana apabila majlis angkat sumpah pada 10 Mac lalu dibatalkan tanpa sebab malah situasi tersebut telah menyebabkan hubungan antara BN dengan istana menjadi tegang.

 

Sunday, March 23, 2008

Rafidah mungkin 'kompromi' dengan Ku Li lawan Abdullah?

Rafidah mungkin 'kompromi' dengan Ku Li lawan Abdullah?

Tarmizi Mohd Jam
Sun Mar 23, 08 9:55:49 am MYT

KETUA Wanita Umno, Dato' Seri Rafidah Aziz dijangka akan bertindak balas terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan memimpin sayap Umno itu 'menentang' dari dalam kepimpinannya.

Rafidah yang memang dikenali sebagai 'orang kuat Tun Mahathir' sejak dulu hingga kini, dipercayai akan mempengaruhi Exco Pergerakan Wanita di bawah kepimpinannya 'melobi' dan 'berkempen' hingga ke peringkat akar umbi bagi menurunkan Presidennya yang tidak mesra 'Wanita Umno'.

Sekalipun, Rafidah memberitahu pemberita, beliau tidak berkecil hati dengan pilihan Presidennya itu, tetapi tetap 'terkilan' dengan langkah sumbang Abdullah yang tidak menyelitkan sesiapa pun dari kalangan Wanita Umno sebagai menteri penuh dalam kabinet barunya itu.

Dalam kenyataan Perdana Menteri, keputusan tidak menyenaraikan Rafidah dalam barisan kabinet adalah bertujuan untuk beliau menonjolkan muka baru menggantikan Rafidah yang sudah bersama kerajaan sejak sekian lamanya.

"Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) itu seharusnya memberi ruang kepada orang lain untuk mengisi jawatan tersebut," lapor akhbar arus perdana baru-baru ini.

"Saya tidak bincang mengapa, (tetapi) beliau juga perlu memberi laluan kepada orang baru," tegas beliau.

Pada sidang media Rafidah yang diadakan di MITI, Rabu lalu amat jelas memperlihatkan sokongan padu para Exco Pergerakan Wanita itu terhadap beliau malah 'terkilannya' beliau dengan sikap Abdullah yang tidak melantik Wanita Umno dalam kabinet turut disokong dan dirasai oleh Exco-Exconya.

Rafidah juga begitu terasa dengan tiadanya pengiktirafan Abdullah terhadap Wanita Umno keseluruhannya apabila hanya melantik Azalina Othman Said dan Dr Marsitah Ibrahim sebagai Menteri dan Timbalan Menteri, yang pada padangannya bukanlah datangnya dari Wanita Umno.

Para pemerhati politik meramalkan, Rafidah akan berkompromi dengan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang kini sarat dengan desakan agar semua Umno Bahagian di negara ini mendesak Umno Malaysia mengadakan Perhimpunan Agung Khas Umno bagi membincangkan masa depan Umno-BN yang kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu.

Menurut sumber, langkah anak Badawi mengetepikan Wanita Umno dan Rafidah sebagai tindakan mencipta musuh dari dalam, yang akhirnya akan menumpaskan Presiden Umno itu sendiri./wann

BN pening, bimbang tidak dapat pertahan kerajaan - Anwar

BN pening, bimbang tidak dapat pertahan kerajaan - Anwar

Sabri Said
Sun Mar 23, 08 9:39:10 am MYT

BAYAN BARU, 23 Mac (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kepimpinan Umno/BN kini berada dalam kebimbangan jika tidak dapat mempertahankan kemenangan walaupun dapat membentuk kerajaan secara mudah pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Kemenangan 82 kerusi parlimen menunjukan sokongan rakyat pada Barisan Rakyat (BR) semakin kukuh, katanya.

Senario ini sekaligus merisaukan kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang hanya bergantung harap kemenangan BN di Sabah dan Sarawak.

"Sekarang ini kerja kita teruskan usaha menawan hati rakyat. Biarlah depa nak tafsirkan apa pun terhadap lima buah negeri yang dah menang. Kini depa cuba tafsirkan kerajaan baru di Pulau Pinang, Perak dan Selangor bagaimana nak hidup bantu rakyat, " jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perhimpunan rakyat anjuran bersama PAS, KeADILan dan Jemaah Islah Malaysia (JIM) di Masjid Jamek Omar Al-Khatab, Bayan Baru 21 Mac lalu.

Apa yang penting sekarang kerajaan negeri yang di menangi Barisan Rakyat harus melaksanakan perbelanjaan berhemah agar pengaliran kewangan menepati sasaran berbanding tindakan Umno-BN sebelum ini, ujarnya.

Biar pelaksanaan tanggungjawab tersusun bersih dan jauh daripada sikap pentingkan diri atau bahagikan projek macam filem 'Nujum Pak Belalang' arahan Tan Sri P.Ramlee, katanya.

"Biar rakyat tengok sendiri kelainan pentabiran antara Basria Rakyat dan BN. Jika terdapat kelainan macam Kerajaan Kelantan buat pasti Umno sukar bertapak semula, " tegasnya.

Walaupun, sekarang ini terdapatnay spekulasi berhubung usaha membeli wakil rakyat BN semata-mata mahu membentuk kerajaan baru dalam masa terdekat beliau berkata, ia bukan membeli seperti yang didakwa BN, sebaliknya ia satu kesedaran di kalangan ahli Parlimen.

Namun apa pun semua pihak kena tunggu dan lihat perkembangan tersebut, katanya.

"Semuanya itu tafsiran orang yang takut pada bayang-bayang. Mereka cuba mencari jalan dengan memperkatakan kebimbangan serta mewujudkan isu sensitif bagi memperkukuhkan kedudukan BN semula," katanya.

Turut berceramah ialah Timbalan Ketua Menteri, Mohd Fairuz Khairudin, Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato' Zahrin Hashim dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa./wann

Pakatan Ku Li-Mahathir Makin Bergelora Tumbangkan PM?

Oleh Tarmizi Mohd Jam (Sanggahtoksago)

PARA veteran Umno dikatakan akan mengunjungi bekas PM, Dr Mahathir Mohamad untuk menerima pandangan berhubung pergolakan yang berlaku dalam Umno kini.


Sumber Yayasan Perdana memberi tahu pertemuan itu dijangka hari ini. Ianya dihadiri oleh pemimpin veteran Umno yang kini sudah tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam Umno peringkat bahagian.


Selepas pertemuan itu, Dr Mahathir dikatakan akan mengeluarkan satu kenyataan yang menggemparkan Umno khususnya!


Apakah ianya ada hubungan dengan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah di Kota Bharu semalam yang menyatakan kesediaan untuk menentang Abdullah Ahmad Badawi untuk jawatan Presiden Umno Julai depan tidak dapat disahkan.


Bagaimana pun, difahamkan Tengku Razaleigh mengunjungi Dr Mahathir dua hari lepas.


Dipercayai kunjungan itu ada kaitan dengan perkembangan mutakhir dalam Umno.


Beberapa hari lalu, Dr Mahathir membuat seruan agar Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan Perdana Menteri ekoran kekalahan teruk BN dalam pilihan raya lalu sehingga terlepas empat buah negeri.


Dalam pada itu satu sumber menyebut satu gerakan yang digerakan kumpulan tertentu untuk merapatkan bekas Perdana Menteri dengan bekas Menteri Kewangan itu giat dijalankan.


Mereka diminta agar kedua tokoh itu duduk bersama dan bekerjasama untuk mengatasi masalah dalam Umno hari ini.


Tengku Razaliegh adalah satu-satunya tokoh yang dapat menyelesaikan kemelut yang melanda Umno hari ini dan ia akan berjaya sekiranya Dr Mahathir memberi sokongan padu!


TMJ: sanggahtoksago.com
22.03.2008


'Kilang wang' baru Mat Taib

Oleh Mohd Sayuti Omar

Sabtu, 22 Mac 2008

 

MUNGKIN bagi mereka yang jahil mengenai liku-liku dan sepak terajang politik Umno merasa hairan dan teronggak-conggak sendiri bagaimana Muhammad Mohd Taib yang sudah hampir menjadi najis dalam Umno tiba-tiba boleh kembali semula dan mendapat kedudukan istimewa dalam parti Melayu itu. Siapa pun tidak terfikir bagaimana Abdullah Ahmad Badawi pelopor Islam Hadhari boleh menerima semula Muhammad! Apakah itu type Islam Hadhari?

Semua orang tahu dosa dan kesalahan Muhammad Taib. Dosanya bukan setakat mencuri tetapi 'merompak' dan 'melanun'. Peristiwa beliau ditahan di lapangan terbang Brisbane, Australia tahun 1986 masih segar dalam ingatan.
Suatu perbuatan tidak masuk akal telah dilakukan oleh bekas MB Selangor itu di lapangan terbang berkenaan bila mana beliau ditahan atas kesalahan membawa wang yang tidak istyharkan sebanyak RM2.4 juta.

Beliau telah membawa RM2.4 juta dalam sebuah guni dan ditahan di lapangan terbang berkenaan. Bayangkan betapa banyak wang beliau kalau wang dimasukkan dalam guni macam orang kampung bawa rambutan pula lagaknya.
Menurut ceritanya wang itu bukan kepuanyaannya tetapi kepunyaan adiknya? Adapun wang itu dibawa ialah untuk urusan pembelian ladang 'kerbau' di sana?

Kotor dan cemar

 

Kalau beliau boleh membayar denda mutaah kepada bekas isterinya Tengku Zahariah (Ku Yah) sebanyak RM16 juta, apalah sangat wang sebanyak RM100 juta sedangkan dengan jawatan yang dibeli itu beliau boleh membina super kilang wang yang baru.

 

Riwayat dan latar belakang Muhammad Taib sungguh kotor dan cemar. Kekalahan dan kegagalan beliau mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno juga ada sangkut paut dengan peristiwa berkenaan. Begitu juga rasa hormat Dr Mahathir kepada Muhammad Taib berpunca daripada kejadian itu di mana menyebabkan jawatan Muhammad Taib digantung kemudian jawatan MB Selangor dipecat.

Diri dan rupa Muhammad Taib sungguh comot. Tidak siapa boleh memikirkan beliau boleh kembali semula dalam kloni Umno. Mungkin kalau selagi Dr Mahathir menjadi presiden Umno Muhammad tidak akan dapat merangkak ke dalam Umno. Muhamamd adalah barang terbuang di zaman Dr Mahathir yang dipunggut semula dizaman Abdullah.

Beliau hanya berjaya memulihkan diri dan kembali ke dalam inner cirle Umno apabila Abdullah jadi presiden dan perdana menteri. Sikap Abdullah ini sungguh menghairankan. Apakah kerana beliau (Abdullah) terdesak untuk membentengkan kedudukannya maka orang seperti Muhammad Taib itu pun diguna pakai? Kalau pun terdesak masakan najis pun sanggup

 

diletakkan di atas sejadah!

Dalam pada itu ada juga orang mengira penerimaan Muhammad itu kerana ketulusan dan baik budi Abdullah Badawi. Kononnya Abdullah seorang pemaaf dan baik hati sesuai dengan latar belakang dirinya sebagai berketurunan ulama.

Benarkah begitu? Sebenarnya tidak semudah itu orang yang bercepuah dengan dosa untuk kembali semula dalam sesebuah perjuangan sesuci Umno! Tidak tahulah kalau Umno dapat menerima orang yang kotor di sebabkan wadah itu sendiri kotor dan berbau. Kebusukan Umno kini bukan saja nilai demokratik dalam parti itu susut tetapi ia diburukan lagi oleh watak-watak antogis yang liar dan rendah moral yang berlambak di dalamnya.

Jawatan dibeli

Menurut seorang menteri, Muhammad Taib membayar 'kemasukannya' semula dalam Umno itu dengan harga yang mahal. Beliau dikatakan telah menderma kepada Umno sebanyak RM10 juta. Selepas beliau bermurah itulah beliau dilantik menjadi Ketua Penerangan, kemudian diikuti dengan Senator. Dalam erti kata lain jawatan dan kedudukan yang dimiliki hari ini dibeli.

Sekiranya turur menteri wanita berkenaan benar, berapakah pula Muhamamd Taib derma untuk mendapat kerusi Menteri Pembangunan Luar Bandar yang diterimanya kelmarin. Kalau untuk jawatan Ketua Penerangan bernilai RM10 juta mungkin kerusi menteri 10 kali ganda daripada itu. Soal wang tidak menjadi masalah kepada Muhammad Taib.

Kalau beliau boleh membayar denda mutaah kepada bekas isterinya Tengku Zahariah (Ku Yah) sebanyak RM16 juta, apalah sangat wang sebanyak RM100 juta sedangkan dengan jawatan yang dibeli itu beliau boleh membina super kilang wang yang baru.

Daripada sinerio itu maka jelaslah bahawa sesiapa yang memiliki wang banyak, mereka boleh membeli dan membidal apa saja kedudukan didalam Umno. Bukan saja setakat artis, model, bintang filem atau jawtaan menteri, tetapi jawatan Perdana Menteri juga boleh dibeli.

Wang kini menjadi kuasa utama dalam Umno bukannya undi daripada ahli. Suara ahli sudah lama dilupuskan oleh kuasa wang atau sistem-sistem pengkuotaan untuk bertanding sesuatu jawatan. Kalau Umno yang ditangani oleh orang seperti Abdullah yang diwar-warkan sebagai cucu ulama, apalah lagi kalau Umno dikuasai oleh orang seperti Najib Razak anak bangsawan yang tidak mempunyai latar belakang ulama, keadaannya tentulah lebih parah.

Jadi kepada sesiapa yang berhajat untuk jadi PM sediakan wang sebanyak mungkin. Air liur dan idealisme sudah tidak laku lagi dalam Umno hari ini. Dan kalau kedekut dan bakhil untuk mengeluarkan wang jangan mimpi usahkan hendak menduduki jawatan itu hendak mendapat pencalonan pun sukar!