Sunday, April 19, 2009

Beri Pakatan Rakyat Kemenangan Percuma Di Penanti

KUALA LUMPUR, (SK) : "Beri Pakatan Rakyat kemenangan percuma. Tindakan ini bukan sahaja dapat menjimatkan dana pembayar cukai, masa dan juga tenaga tetapi ia adalah selaras dengan kenyataan Perdana Menteri Najib Razak.

"Kata Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim dalam ceramah beliau di Penanti semalam. “Kita akan akur dengan kenyataan Perdana Menteri supaya jangan membazir dana awam. Oleh itu saya menyeru pimpinan BN dan Umno supaya tidak meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kecil Penanti,” jelas Anwar.

Ini menguji kata-kata Najib mengulas perletakan jawatan ADUN Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin Khamis lalu dan ini membuka jalan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari.

Anwar mencabar Najib supaya jangan meletakkan calon Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Penanti yang bakal diadakan dalam tempoh 60 hari itu.

Ekoran Najib semalam menyatakan bahawa pilihanraya kecil hanya permainan politik Pakatan Rakyat yang membazirkan dana awam. Beliau menyeru rakyat menolak taktik politik sedemikian.

Beliau berkata, kenyataan Najib itu sebenarnya adalah bertentangan dengan tindakannya yang mengatur konspirasi politik di Perak apabila dilantik menjadi Ketua Perhubungan Umno dan BN untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu

Pilihan raya kecil di Penanti adalah yang keenam sejak pilihan raya umum Mac tahun lalu.
Dalam ucapannya Anwar menyifatkan peletakan jawatan Fairus sebagai ”tepat dan betul” kerana beliau kini dibelit penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

”Fairus mungkin tidak didakwa tetapi kepentingan rakyat dan parti mesti didahulukan. Saya menghormati keputusannya meletak jawatan tetapi parti akan memelihara dan melindungi kepentingannya. Kita akan menyediakan bantuan guaman untuknya,” kata Anwar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan pada 24 April bila pilihan raya kecil akan diadakan jika disahkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) kawasan Penanti berlaku.

Komen Najib mengenai isu Penanti ini agak menyimpang daripada kenyataan Timbalannya, Muhyiddin Yassin yang menegaskan bahawa Umno dan BN sudah bersedia menggerakkan jentera pilihan raya bagi merampas kerusi tersebut.

Bagaimanapun akhbar tempatan hari ini segera menyiarkan statistik Polis Diraja Malaysia dan juga SPR untuk membuktikan bahawa kos lima pilihan raya kecil yang dikendalikan sejak pilihan raya umum tahun lalu adalah besar.

SPR dilaporkan membelanjakan RM2.4 juta untuk mengendalikan pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh (RM 409,000); Kuala Terengganu (RM 580,000); Bukit Gantang (600,000) dan untuk dua kerusi dewan undangan negeri Batang Ai (RM400,000) dan Bukit Selambau (RM400,000).

Sementara polis pula berbelanja sejumlah RM31 juta untuk mengawal kententeraman dan keselamatan awam bagi kelima-lima pilihan raya kecil berkenaan.

- sumber : Suara Keadilan Online.

Thursday, April 16, 2009

Mengapa rakyat tidak puas hati?

Mengapa rakyat tidak puas hati?

KETIKA saya menulis artikel ini, saya sekali lagi dalam perjalanan ke Prague, Republik Czech. Kali ini saya akan bertemu dengan sejumlah besar bakal doktor perubatan negara kita. Minggu lepas saya di Doha dan Dubai bertemu dengan orang-orang Malaysia yang sudah hidup selesa hasil limpahan kekayaan dua negara Teluk tersebut. Mereka kebanyakannya professional muslim.

Namun sepanjang pengamatan saya kebanyakan professional ini menyimpan perasaan tidak puas hati, bahkan mungkin ke peringkat ‘benci’ terhadap politik negara, terutama tingkahlaku ramai individu dalam parti kerajaan yang berkuasa. Demikian juga sepanjang saya bertemu dengan para pelajar luar negara terutama di peringkat pengajian tinggi Ph.D.

Barangkali pendedahan mereka kepada fakta dan dunia menjadikan mereka begitu kritis. Saya cuba amati apakah di sebalik ketidakpuasan itu?

Maka saya mengharapkan ruangan Mingguan Malaysia atas dasar kebebasan media dan juga kebaikan untuk kerajaan itu sendiri akan terus mengizinkan saya bercakap benar dalam ini.
Sehari dua ini telefon bimbit dan email saya dipenuhi mesej daripada rakyat Malaysia daripada berbagai lapisan yang mengulas tentang pembentukan kabinet baru. Bermacam curahan perasaan dan ulasan dihantar kepada saya agar dapat saya melontarkan pandangan melalui media cetak atau dunia maya. Saya sebenarnya telah pun melontarkan pandangan tentang pembentukan kabinet sebelum ini.

Saya cadangkan dalam menangani suasana politik yang ada, selain daripada memastikan anggota kabinet terdiri daripada mereka yang telus dan mempunyai rekod yang bersih, dilantik juga beberapa anggota pembangkang yang berkemampuan memegang beberapa kementerian, atau sekurang-kurangnya sebagai timbalan menteri.

Ini tentu mempunyai unsur kejutan dan menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk bersikap telus dan berkongsi inspirasi rakyat. Tidak memerlukan kerajaan campuran.
Berbalik kepada kehendak rakyat, apakah sebenarnya kehendak rakyat? Samada seseorang rakyat itu sedar atau tidak, ilmu IR (International Relations) menyebut ada lima nilai asas sosial (basic social values) yang rakyat harap negara atau kerajaan menjaminnya untuk mereka. Perkara-perkara tersebut adalah security (keselamatan), freedom (kebebasan), order (peraturan), justice (keadilan) dan welfare (kebajikan).

Sebagai muslim saya mungkin menambah penegakan Islam sebagai prinsip dalam mengawal asas-asas tersebut. Ini berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 55: (maksudnya) Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah (yang memegang kuasa pemerintahan) di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Dia akan mengukuhkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan untuk mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).

Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. dan (ingatlah) sesiapa yang kufur sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
Apabila asas-asas ini hilang, samada kesemua atau sebahagian daripadanya, maka kita akan melihat kegusaran rakyat dan tidak puashati yang akan kedengaran di sana-sini. Di saat itu, mana-mana sahaja gerakan yang cuba menyeru kembali kepada asas-asas ini samada dalam bahasa kampung atau bandar, maka rakyat akan menyokongnya.

Rakyat awam itu mungkin tidak tahu secara akademik tentang asas-asas ini, tetapi perasaan dan naluri kerakyatan mereka itu sentiasa menuntut agar asas-asas ini dijamin untuk mereka.
Lebih tinggi pengetahuan dan pendedahan ilmu yang dimilki oleh seseorang rakyat akan menjadikan mereka lebih sensitif tentang asas-asas ini.

Mari kita lihat keperluan asas-asas ini bagi kehidupan rakyat dalam sebuah negara, sebelum melihatnya di sudut antarabangsa. Rakyat sesebuah negara inginkan keselamatan mereka terjamin dari ancaman samada luar ataupun dalam.

Mereka perlukan keselamatan negara yang kukuh dan kerajaan yang teguh. Keselamatan harian juga mesti terkawal. Malaysia kini jenayah saban hari meningkat. Rakyat hidup dalam ketakutan terhadap nyawa dan harta benda mereka.

Pembunuhan, penyeksaan, rompakan, kecurian dan berbagai lagi jenayah yang mengancam keselamatan rakyat. Kedai dan kediaman selalu menjadi sasaran rompakan dan kecurian. Ini menyebabkan rakyat merasakan kerajaan tidak teguh dan gagal berfungsi dengan baik.
Apatahlagi jika kepercayaan rakyat terhadap pihak keselamatan juga tergugat. Kemudian, selain kemerdekaan negara, rakyat perlukan kebebasan dalam kehidupan. Hak-hak asas mereka dalam kepercayaan, pemilikan, pendidikan, pendapat dan seumpamanya hendaklah terjamin.
Memang, kebebasan ada hadnya sesuai dengan norma dan prinsip yang dipegang oleh sesebuah negara, jika tidak rosaklah keadaan. Namun had tersebut hendaklah ditetapkan atas kepentingan negara, bukan individu politik yang berkuasa.

Apabila kebebasan asas mereka dirampas, rakyat akan melihat kerajaan sebagai musuh, bukan sebagai pelindung. Demikian rakyat harapkan peraturan dan keadilan agar berfungsi secara baik dan saksama.

Peraturan yang baik hendak teguh dan berfungsi serta berjalan untuk semua secara tidak berat sebelah. Layanan untuk setiap rakyat hendaklah adil.

Jangan ada yang terlepas dari peraturan atau undang-undang yang ditetapkan disebabkan kedudukan dan politik. Tiada sultan atau raja atau penguasa politik yang boleh mengatasi undang-undang dan peraturan yang disepakati.

Jangan ada yang naik pangkat atau mendapat sesuatu pemberian daripada kerajaan tanpa mengikut peraturan. Di sudut undang-undang, setiap pesalah hendaklah dihukum secara adil tanpa berat sebelah ataupun zalim.

Apabila kecacatan ini berlaku, kepercayaan rakyat akan hilang dan mula menganggap kerajaan sebagai tidak amanah dan tidak adil. Seterusnya rakyat mengharapkan kerajaan menjamin kebajikan mereka.

Kerajaan hendaklah berusaha meletakkan polisi yang baik memboleh rakyat hidup dengan selesa di sudut ekonomi dan keperluan asas kehidupan di zaman kini. Kerajaan mesti menyuburkan perkembangan ekonomi, memberikan peluang yang saksama, mengatasi kemiskinan, menjamin keperluan asas rakyat seperti pendidikan dan perubatan terutama bagi yang tidak berkemampuan. Begitu seterusnya.

Seperti yang saya nyatakan bahawa sebagai seorang muslim sudah pasti saya ingin melihat asas-asas ini ditegakkan atas prinsip yang syumul lagi mendapat keberkatan. Islam yang adil itu menjamin asas-asas ini sekalipun untuk mereka yang bukan muslim.

Kecacatan meletakkan Islam sebagai prinsip kerajaan bagi sesebuah negara yang majoritinya umat Islam akan menimbulkan rasa tidak puas hari rakyat muslim terhadap kerajaan mereka.
Hendaklah kita sedar, majoriti umat Islam di negara-negara mereka di seluruh dunia mahukan Islam menjadi prinsip dan asas pembentukan negara. Hakikat ini dirumuskan oleh John L. Esposito setelah membuat bancian dan kajian tentang hal ini di seluruh negara-negara umat Islam. Beliau nyatakan kesimpulan ini dalam bukunya ‘Who Speaks For Islam’.

Bertitik tolak dari pokok pangkal ini, maka jika rakyat kurang atau tidak puas hati dengan sesebuah pemerintahan, maka kerajaan tersebut hendaklah menyemak dirinya tentang asas-asas tersebut apakah telah dijamin dengan baik atau ada kecacatan yang jelas.

Jika asas-asas itu dibaiki sehingga rakyat kembali selesa dan merasai fungsi kerajaan menjaminnya untuk mereka, saya percaya kerajaan dengan mudah akan dapat memenangi perasaan rakyat.

Juga hendaklah sesebuah kerajaan seperti negara kita sedar bahawa dunia moden hari ini menyebabkan sesebuah kerajaan sukar menyembunyikan lagi kesalahan dan kecacatannya.
Pencerobohan ke atas asas-asas ini akan tersebar dengan pantasnya dan menjadi perbualan dan tidak puashati rakyat.

Jika ia berlarutan ia menjadi barah dendam yang tidak dapat diubati lagi. Saya mungkin tidak ingin mengulas anggota-anggota kabinet kerajaan kita yang baru, tetapi saya ingin bertanya atau mengharapkan mereka dapat memastikan asas-asas ini dijamin untuk rakyat.

Jika tidak, perasaan tidak puashati itu tidak dapat diubati dengan sekadar lautan slogan dan janji.

Tuesday, April 14, 2009

10 ADUN 'boikot' sidang DUN Terengganu kerana SMS ugutan

KUALA TERENGGANU: Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk 'boikot' sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi tadi kerana menerima SMS mengancam nyawa berhubung desas-desus usul mahu menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid berkata, mereka mengambil keputusan untuk tidak menghadiri sidang DUN jika keselamatan mereka tidak terjamin.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat kerana beliau bersama ADUN Paka dan Permaisuri telah menerima SMS berbentuk ugutan malam semalam, yang mengancam nyawa mereka.
Selain Rosol, mereka yang tidak menghadiri sidang DUN ialah ADUN Tepoh Muhammad Ramli Noh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

Ketiadaan kesemua mereka pada sesi soal jawab pagi ini, yang dihadiri semua 10 anggota exco dan Menteri Besar, menyebabkan ia didominasi semua lapan ADUN dari PAS.
Hanya tiga wakil rakyat BN yang kelihatan menghadiri sidang Dewan pagi ini.

Pada sidang media di sini, Rosol yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu berkata, SMS yang dihantar oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri itu selepas disemak pada diari kerajaan negeri adalah serius kerana ia berbunyi: "Baik jangan teruskan niat Yb, YB tak sayang nyawa?.

Kesemua ADUN berkenaan kecuali Idris hadir pada sidang media itu yang diadakan di sebuah hotel di sini hari ini.

Rosol menambah, SMS ugutan itu dipercayai berkaitan dengan uraura kononnya ADUN BN akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar pada sidang DUN kali ini.
"Di sini saya ingin jelaskan bahawa kita tidak pernah berbincang, bertemu dan tidak pernah mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu (usul tidak percaya terhadap Menteri Besar).
"Jadi saya tidak tahu di mana punca yang menyatakan bahawa akan berlaku undi tidak percaya pada sidang DUN kali ini," kata beliau dipetik Bernama.

Dalam pada itu semasa sesi soal jawab itu, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (PAS-Ladang) turut bertanya kepada Yang Dipertua Dewan, Datuk Tengku Putera Tengku Awang mengenai ketidakhadiran ramai wakil rakyat BN itu.

Tengku Putera menjawab beliau pun tidak mengetahui sebabnya mereka berbuat demikian dan akan mendapatkan penjelasan daripada kesemua wakil rakyat berkenaan.
"
Apabila saya masuk Dewan, saya lihat kesemua mereka tiada di tempat masing-masing. Selepas ini, saya akan tanya mereka," katanya.

Najib's Dissapointing Start

After appointing a lacklustre cabinet, Malaysia's new prime minister refused to answer questions from the media

This poor beginning raises serious questions about his leadership and calls into question his ability to deliver on the reforms that are critical for Malaysia's future.

THE CORRIDORS OF POWER
Bridget Welsh, Guardian UK

Malaysia's sixth prime minister, Najib Tun Abdul Razak took office earlier this month, replacing Abdullah Ahmad Badawi. In Najib's first week, he failed key tests that show he can be his own man. He lost important by-elections, failed to address persistent scandals and selected a cabinet of lacklustre appointees that has not evoked confidence. He ran away from the press, declining to address basic questions about his government.

This poor beginning raises serious questions about his leadership and calls into question his ability to deliver on the reforms that are critical for Malaysia's future.

Before Najib took office he managed to win a strong mandate from within his own party's polls last month, as loyalists in his cohort rose to party leadership positions. Najib represents a third generation of leaders from the UMNO party that governs Malaysia. The first generation assumed office in independence, the second after the racial riots of 1969.

Najib's generation came into politics after 1969, and has matured under the shadow of Mahathir Mohamad, known for promoting economic progress while simultaneously closing political space and weakening political institutions. Najib's strong party showing was expected to set the stage for the new premier to introduce reforms and step out of the shadow of his predecessors. Early signs were good, as Najib's speeches highlighted reforms and the day after he took office he released 13 political prisoners held under the draconian Internal Security Act. Malaysians were pleasantly surprised with his first moves.

Skepticism reigned, however. After the five years of promise without delivery under Abdullah Badawi, Malaysians want results, not rhetoric. Many are not willing to give Najib the benefit of the doubt. Part of this is his association with Abdullah's government, as deputy prime minister.
Another reason has to do with the heavy baggage of scandal that cloud Najib's leadership; his alleged connections with corruption in defence contract deals and links to a Mongolian model who was murdered by staff assigned to his security detail have damaged his reputation.

Last week, the two officers charged with blowing up the model were convicted. The government's response has been to ban the use of the model's name – Altantuya Shariibuu – further raising speculation about the crime and suspicions about Najib's involvement. There is no evidence that Najib was involved in the murder, but the lack of credibility that Najib faces – which is only enhanced when he refuses to answer questions – has hurt him.

An even darker shadow is Mahathir Mohamad. The former prime minister who governed Malaysia for 22 years systematically undermined Abdullah while he was in office. He has played a major role in mentoring the new generation of leaders, including Najib himself, and his values that have promoted Malay rights over those of other communities, undermined political institutions, deepened corruption and created a climate of insecurity among the elite that runs deep.

Najib is seen to be under the thumb of Mahathir. While this gives the former premier too much credit, the reality is that Mahathirism remains a force that must be addressed and Mahathir himself remains a political player in his agenda setting role.

These factors played out in three recent by-elections when more than 100,000 voters went to the polls. Najib's coalition lost two of the three contests. The contest it did win – Batang Ai in rural Sarawak – was the result of massive allocations of patronage (RM70 million in promises for 8,006 voters) and included allegations of ballot box tampering. Voters in West Malaysia in two traditionally strong seats for Najib's government, gave the Pakatan opposition coalition led by Anwar Ibrahim larger majorities.

These results were the product of greater opposition cooperation and the inability of the governing coalition to reach across races. Non-Malays voted in large majorities for the opposition. They were joined by large numbers of Malays who rejected the use of Mahathir for Najib's campaign and were tired of the endemic corruption in the system. Najib stayed away from the campaigns, showing that he is not ready to face the public directly. He received a sharp rebuke.

Najib had the opportunity to stem the tide of negative perceptions through his cabinet selections. Here too, he disappointed. The majority appointees are recycled old faces and Najib loyalists. While many of them are among the cleaner alternatives and his choices in finance and trade show promise, the inclusion of Mahathir's son, and reliance on his close allies who are seen to not make the grade do not build confidence.

This cabinet follows in the Mahathir mould, one that appears to focus on the economy and exclude the need for political reform. It does not include individuals who appear willing to address the albatross on Malaysia's economic competitiveness, the pro-Malay affirmative action policy, the New Economic Policy, that has become a vehicle for corruption. After announcing his list, Najib refused to answer questions.

Najib is running away from addressing the factors that will hamper his government. He lacks public support. He is trapped by the system he inherited, the shadows of Abdullah's unmet reform promises and Mahathir's hardline approach. He faces a stronger and more cohesive opposition. Najib's style is more measured, but in these challenging times and in the light of his public credibility issues, the tepid responses have disappointed.

With each passing day that the new prime minister fails key tests, his tenure is shortened. Najib cannot continue to avoid the fact that his political survival is based on winning over the Malaysian public and bolder measures that deliver reform are essential.

TKO Diserang Ddos 400MBps

TKO webmaster memaklumkan bahawa laman TKO telah menjadi laman marhaen pertama diserang secara bersungguh-sungguh oleh pihak tertentu bertujuan untuk "check mate" langkah perjuangan reformasi.

Buat sementara webmaster mengesyorkan agar pengunjung setia TKO singgah melawati http://www.detikdaily.net/ atau http://www.utaraonline.net/ sementara TKO kembali.