Sunday, December 6, 2009

Peletakan Jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tidak Berlaku Tiba-tiba - Najib

1. Bila PM Najib dimaklumkan oleh Ahmad Said sebelum secara "tiba-tiba" rakyat dikejutkan tentang penamatan perkhidmatan?
2. KPN Musa yang walaupun menghadapi masalah serangan jantungpun masih meneruskan tugas dan sambung kontrak lagi baru-baru ini? Mungkin belum ada yang berwibawa dan boleh diharapkan untuk jaga kepentingan UMNO dan BN.
3. Sedangkan Ahmad Said tidak pula dikhabarkan menghadapi sebarang masalah kesihatan.
4. Mungkin dah cukup kekayaan yang dikumpul. Sekarang dah tiba masa untuk berihat-rihat sambil menikmati harta kekayaan yang bukan rasuah yang telah di kumpul selama ini.
5. Ketua Pengarah baru diharapkan dapat terus memastikan agar suruhanjaya itu sebagai institusi yang dihormati UMNO dan berwibawa menepis segala dakwaan rasuah terhadap UMNO dan BN.

Hmmmm ... PKR harus memerintah negara dengan segera.


SEREMBAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penamatan lebih awal kontrak perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan tidak berlaku secara tiba-tiba kerana beliau (Najib) sudah dimaklumkan lebih awal lagi.

Perdana Menteri berkata beliau sudah dimaklumkan dahulu tetapi orang ramai hanya mengetahui peletakan jawatan Ahmad Said baru-baru ini.

"Bukan sudden, dia sudah beritahu lebih awal lagi sebenarnya, ini cuma the question of public knowledge sebenarnya tetapi saya dah tahu lebih awal lagi sebelum isu terkini berbangkit," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada juara Kejohanan Badminton sempena Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) di sini semalam.

Najib juga menolak tanggapan kononnya peletakan jawatan Ahmad Said mempunyai kaitan dengan tekanan pembangkang berikutan kes kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada anggota Exco kerajaan negeri Selangor.

Persaraan Ahmad Said juga tidak ada kaitan dengan tanggapan kononnya tekanan telah diberikan oleh pihak kerajaan untuk beliau berhenti, katanya.

"Kerajaan menghormati keputusan Ahmad Said untuk bersara, sebenarnya dia sudah pun bersara tetapi berkhidmat dalam kontrak, cuma dia tidak berkhidmat sampai kontraknya habis," katanya lagi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Said di atas bakti yang dicurahkan selama beliau berkhidmat dengan SPRM.

Najib percaya Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Abu Kassim Mohamed yang akan memegang jawatan itu secara rasmi pada 1 Januari mampu terus meletakkan suruhanjaya itu sebagai sebuah institusi yang dihormati dan berwibawa.

Ahmad Said mengumumkan peletakan jawatannya Jumaat dan beliau pada Sabtu mengeluarkan kenyataan yang menolak dakwaan kononnya keputusan itu disebabkan tekanan dari luar dan juga sebab-sebab politik.

Faktor untuk meluangkan masa bersama keluarga menjadi alasan utama beliau menamatkan lebih awal kontraknya yang sepatutnya berakhir pada Mei tahun depan.

BERNAMA