Bagi hamba rakyat marhaen yang kurang arif tentang undang-undang kita macam tidak ambil kisah tentang kes pemecatan Tun Salleh Abas 1988...dan kalau boleh biarlah orang undang-undang sahaja yang membincangkanya. Tapi bagaimana pula dengan MARUAH seorang manusia yang telah "tercalar" atau "dicalarkan"?? Kes seperti ini akan dijadikan bahan rujukan sampai bila2 selagi tidak dihapuskan secara rasmi. Ia melibatkan maruah seorang insan. Jika kes itu benar, kenapa ianya masih ditimbulkan? Bahkan ianya bermula dari pihak kerajaan sendiri!
Rakyat marhaen tidak kisah, apa yang penting ialah kebenaran dan keadilan. Tidak kira siapa. Masing-masing kita punya hak. Kita boleh menuntut dan dituntut. Ini tanggungjawab seorang insan.
Adalah amat
Dari ucapan-ucapan dan lenggok PM Abdullah kita nampak seperti beliau tidak punya kekuatan melaksanakan supaya segala persepsi buruk terhadap sistem kehakiman terhapus. Ingat, ini melibatkan hak Tun Salleh. Bukan sahaja dirinya, maruahnya bahkan ia melibatkan kehidupan bagi anak cucu dan keluarga beliau. Hak beliau termasuk pencen dan keistimewaan sebagai salah seorang penjawat awam yang dilindungi oleh perlembagaan