Saturday, May 23, 2009

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Rahim sewajarnya meletak jawatan setelah Mahkamah Rayuan mendapati beliau salah dalam membuat keputusan yang melibatkan parti kerajaan.

Sendainya Yang Arif tegas dengan keputusan yang telah beliau sendiri adili, sewajarnya beliau menyatakan protes dengan meletak jawatan beliau serta merta kerana keputusan Mahkamah Rayuan telah merendahkan kemampuan beliau untuk membuat penghakiman dan sudah tentu beliau tidak akan lagi mempunyai masa depan yang cerah untuk menjawat jawatan lebih tinggi selagi kerajaan songsang masih berkuasa.