Saturday, March 17, 2012

Kami Sokong Tokguru: Rakyat Selangor Bakal Dapat Wifi Percuma

Kami Sokong Tokguru: Rakyat Selangor Bakal Dapat Wifi Percuma

PETALING JAYA: Penduduk di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini tidak perlu bimbang mengenai kos perkhidmatan Internet apabila kawasan tempat tinggal mereka dipilih sebagai perintis projek jalur lebar (WiFi) percuma di negeri itu.

Di bawah projek Perkhidmatan Awam Berintegrasi Selangor (Spins), penduduk Selangor khususnya di kawasan Petaling Jaya dijangka menikmati kemudahan itu di lebih 200 lokasi mulai Jun depan.

Pada pelancarannya baru-baru ini, Datuk Bandar, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata, projek itu bukan saja di kawasan Petaling Jaya, malah turut membabitkan 4,000 lokasi termasuk kawasan terpencil seluruh Selangor yang kebanyakannya didiami golongan kurang berkemampuan mendapatkan perkhidmatan internet


Beliau berkata, ia dijangka siap secara keseluruhannya pada 2015 dengan menyaksikan Taman Datuk Harun sebagai lokasi perintis bagi projek terbabit yang siap pada 29 Februari lalu.

Tinjauan Metroplus ke Taman Datuk Harun, di sini mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang menggunakan kemudahan itu di merata tempat termasuk kedai makan.

Ia membuktikan projek terbabit mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, malah memudahkan mereka mendapatkan maklumat terkini pada bila-bila masa walau di mana mereka berada.


http://www.hmetro.com.my