Saturday, April 12, 2008

Khir Toyo tipu orang Melayu

Dibakarlah kemarahan orang Melayu khasnya penduduk sekitar Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat, Daerah Sepang kononnya kerajaan Pakatan Rakyat memang tidak lagi peduli pada sensitiviti orang-orang Mealyu. Kerajaan Pakatan Rakyat mahu bina ladang babi besar-besaran di kawasan mereka, dengan persetujuan PAS. Ini semua angkara tekanan DAP, kerajaan Selangor kini tunduk pada tekanan masyarakat Cina.

Sekurang-kurangnya itulah onar dan duri yang ditabur oleh pimpinan Umno Selangor.
Lalu ditajalah penduduk kampung untuk berkumpul di perkarangan SUK Shah Alam, lengkap dengan kain rentang babi berserban kononnya melambangkan babi pun sudah menunggangi PAS. Begitu sekali mahu menggambarkan kemarahan orang-orang Melayu. Harapannya supaya jatuhlah kerajaan ini, dan naiklah kembali kerajaan diterajui Umno di Selangor yang kononnya membela dan mempertahankan nasib orang-orang Melayu.

Benarkah begitu?

Menurut akhbar Berita Harian semalam, bekas MB Khir Toyo menafikan yang kerajaannya BN dahulu pernah meluluskan projek ternakan babi sebesar itu iaitu bernilai RM100 juta. Katanya mesyuarat EXCO yang beliau pengerusikan pada 30 Januari 2008 lalu ada membincangkannya tetapi meluluskan pembinaan ladang yang bersaiz kecil sahaja. Lokasinya pun belum diluluskan.

Benarkah begitu?

Bermakna BN Selangor bawah Khir ada lulus projek ini(bukan tak ada) tetapi bersaiz kecil, kecil itu saiznya bagaimana?

Dalam akhbar The Sun hari ini dimuatkan penjelasan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkenaan projek ini. Kepada 200 orang lebih yang berkumpul di Bangunan SUK semalam termasuk seluruh rakyat Selangor khasnya orang-orang Melayu telitilah penjelasan ini baik-baik:

PERTAMA: EXCO Selangor BN pimpinan Khir telah meluluskan kertas yang dibentangkan pada 30 Januari 2008 lalu untuk pembinaan ladang babi ini.

KEDUA: Kerajaan BN Selangor turut MELULUSKAN tanah seluas 1,364 hektar di Mukim Batu untuk pembinaan ladang ini.

KETIGA: Semua kos pembinaan ladang itu nanti akan ditanggung sepenuhnya oleh sebuah syarikat persendirian dan perolehannya nanti akan dimasukkan ke dalam dana Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN)

KEEMPAT: Kerajaan BN Selangor telah pun melakukan kajian terperinci berkenaan projek ini terutama dari sudut kesan ke atas alam sekitar. Malah kerajaan Khir Toyo telah pun menghantar wakil untuk membuat kajian terhadap ladang babi jenis sama di Eropah

Bermakna kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sekadar melulus untuk meneruskan projek ini, ia bukannya kelulusan baru, ia berdasarkan apa yang telah diluluskan tanpa tokok tambah, dan kini mahu dilaksanakan demi menyelamatkan alam sekitar Selangor. Semua ladang-ladang babi di Selangor nanti akan ditutup dan dipusatkan di tempat ini.

Lalu siapakah yang berbohong sekarang ini?

Selangor hari ini memiliki ladang-ladang babi yang tidak terkawal, malah sebuah ladang dan pusat peyembelihan babi kini berada berhampiran Batang Berjuntai iaitu berdekatan Sungai Selangor salah satu punca air terbesar negeri ini. Usaha kerajaan negeri ini adalah untuk menyelras segala rungutan dan sungutan rakyat, lalu melalui projek ladang ini semuanya boleh dipusatkan, dengan kawalan dan menjamin kesihatan rakyat dan kesan alam sekitar.

Khir Toyo dulu semasa MB pun memikirkan hal ini, malah beliaulah meluluskannya. Kini sudah tidak berkuasa, kerja dan usaha beliau sendiri beliau serang dan burukkan. Apa jenis manusia Khir ini?

Kerajaan negeri sekadar mahu melaksanakan apa yang telah diluluskan. Saya syorkan kalau 200 orang yang berkumpul di SUK itu masih marah-marah lagi, lepas ini bagus berhimpun di hadapan Ibupejabat Umno Selangor di Shah Alam atau di hadapan rumah Khior sahaja.

Orang Melayu kena banyak berfikir dan menghalusi perkara ini, jangan terlalu gopoh dan terus membakar apa sahaja tanpa kita mengetahui asal-usul dan puncanya. Yang penting jangan sampai tertipu dan dibodohkan oleh mereka yang hilang kuasa dan akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa itu kembali.
 

SILA KE BLOG ROSLAN SMS
http://n32.blogspot.com
roslansms@gmail.com