| KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) -   Perdana Menteri (PM) yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi   mesti menjelaskan siapakah yang dimaksudkan binatang dalam sepanduk tunjuk   perasaan penyokong-penyokong Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri   Idris Jusoh.  Sepanduk   itu tertulis "Kami nak Idris, natang".  "PM,   TPM (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak), Idris dan 23 Adun   yang dilaporkan dikurung oleh Idris untuk memastikan mereka menyokong   cita-citanya menjadi Menteri Besar (MB) kini dilihat sebagai pihak yang   bertanggungjawab merestui sepanduk di dalam demonstrasi penyokong-penyokong   Idris Jusoh itu.  "Siapa   dituduh binatang? Sultan (Terengganu)?" tanya beliau.  Sambil   menyifatkan perbuatan itu lebih buruk dari kebiadaban dan sifat kurang ajar,   Mahfuz mengingatkan Perdana Menteri dan penyokong-penyokongnya bahawa   merekalah yang dituduh sebagai pihak yang bertanggungjawab dengan sepanduk   itu.  "Tunjuk   perasaan itu menyokong Idris. Idris adalah kehendak PM (untuk menjadi MB).   TPM pula hanya ikut sahaja kehendak PM sebab beliau kini didakwa terlalu   takut kepada PM.  "Sebab   itulah saya diberitahu sudah bertebaran SMS di sana sini yang menuduh PM,   TPM, Idris serta 23 Adun tersebut yang 'buat' sepanduk itu," kata   beliau.  Polis tidak cari?  Mahfuz   menuntut pihak polis bertindak segera ke atas sesiapa sahaja yang terlibat   dengan sepanduk itu yang turut ditayangkan dalam laporan berita sebuah stesen   TV tempatan semalam.  "Tahun   lalu, ketika polis menuduh pembangkang mengadakan perhimpunan haram di Batu   Burok, sibuk sangat mereka mencari siapa membakar jalur gemilang untuk   menutup perbuatan mereka menembak rakyat yang tidak bersenjata dengan peluru   hidup.  "Kenapa   tidak cari siapa yang buat dan pamer sepanduk-sepanduk yang dilihat menghina   Sultan itu? Amboi, bukan main lembut dan mesra Ketua Polis Terengganu memberi   nasihat," kata beliau.  Bernama   melaporkan, Ketua Polis Terengganu Datuk Ayub Yaakob menasihati pihak-pihak   yang terlibat dalam kemelut berhubung pelantikan Menteri Besar Terengganu   agar tidak menghadiri atau terlibat dalam mana-mana perhimpunan haram.  Ayob   terkenal berikutan tindakan polis menggunakan peluru hidup menembak rakyat   yang dituduh menghadiri perhimpunan haram di Batu Buruk tahun lalu.  Kedegilan  Sambil   menyifatkan apa yang berlaku itu adalah akibat kedegilan Abdullah untuk   melantik Idris sebagai MB sehingga mengetepikan perubahan dan keamanan di   Terengganu, Mahfuz meminta rakyat Terengganu membuat lebih banyak laporan   polis ke atas Abdullah, Najib serta 23 wakil rakyat Barisan Nasional (BN)   yang terlibat.  Malaysiakini   melaporkan, petang tadi, Angkatan Muda KeADILan (AMK) membuat laporan   terhadap PM, TPM serta 23 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang didakwanya �bersikap   biadap dan menderhaka� kepada   Sultan Terengganu.  Laporan   tersebut dibuat oleh Timbalan Ketua AMK pusat, Fariz Musa, di ibu pejabat   polis daerah Kuala Terengganu jam 4.30 petang tadi.  "Lebih   banyak laporan polis ke atas mereka perlu dibuat kerana apa yang berlaku itu   mencabar kedaulatan undang-undang dan keluluhuran perlembagaan.  "Rakyat   tidak boleh biarkan perbuatan itu, nanti Umno dan BN akan pijak lagi   kedaulatan undang-undang dan keluluhuran perlembagaan. Selepas (dibuat   laporan polis) itu, rakyat boleh tengok sendiri apa polis buat,"   katanya.  Kurang ajar  Sebuah   akhbar harian hari ini melaporkan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali   Al- Habshee berkata, tindakan Umno Terengganu yang menentang secara   terang-terangan pilihan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) itu secara   tidak langsung mencerminkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati   kedaulatan kesultanan Melayu.  "Kalau   kita ada masalah kita kena duduk berbincang, sultan adalah kedaulatan orang   Melayu, saya khuatir rakyat hilang kepercayaan.  "Bukan   dengan cara macam ini (bantah), kurang ajar dengan Sultan," katanya.  "Kita   marah apabila DAP memulaukan keputusan Istana Perak, malah, kita memaki-hamun   DAP kerana menderhaka kepada Sultan tetapi di Terengganu keadaan terbalik   pula, Umno Terengganu sanggup menentang Sultan yang juga merupakan Yang   di-Pertuan Agong secara terbuka," katanya lagi.  Akhbar   tersebut juga melaporkan, rakyat Terengganu mahu semua pihak menerima dan   menghormati keputusan MPPR yang melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)   Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.  Tinjauan   akhbar itu di sekitar Kuala Terengganu mendapati, rakyat berpendapat,   keputusan yang dibuat oleh MPPR perlu diterima bagi mengelak dituduh   menderhaka kepada istana.  "Kita   sebagai rakyat Terengganu perlu menerima keputusan yang dibuat oleh MPPR   kerana jika tidak ikut, kita seperti menderhaka kepada sultan," akhbar   itu memetik seorang peniaga buah, Zainal Abidin, sebagai berkata. (Gambar   penunjuk perasaan membawa sepanduk yang tertulis "Kami nak Idris,   natang" boleh dilihat di sini)    |