Wednesday, March 26, 2008

Menantu PM punca pergolakkan antara UMNO dan Istana Terengganu

Pergolakkan di Terengganu mengenai perlantikkan MB adalah berpunca dari menantu PM. Beliau tetap mahukan Idris Jusoh walaupun pihak istana terang-terangan tidak mahukan boneka kepada Patrick Lim itu.

Mengapa menantu PM mahukan Idris Jusoh terus berkuasa?

Hanya Idris Jusoh yang akan mempertahankan Patrick Lim untuk terus bermaharajalela di Terengganu. Patrick Lim adalah sumber kewangan terbesar untuk Pak Lah dan Menantu. Jika projek-projek Patrick Lim terus berjalan di Terengganu, menantu Pak Lah akan terus mempunyai dana untuk menguasai negara.

Dengan kuasa yang ada pada bapa mertuanya, Ahmad Said telah dipecat kerana menerima watikah perlantikkan Menteri Besar daripada pihak istana. Adun Kijal itu disingkirkan daripada UMNO hanya kerana beliau setia dan patuh kepada Sultan Terengganu.

UMNO yang selama ini jaguh kepada perjuangan mempertahankan kedaulatan Raja dan orang-orang Melayu kini telah bertukar menjadi penderhaka kepada Raja dan orang-orang Melayu. Semua ini kerana adanya menantu PM yang menang di Rembau dengan cara penipuan.

Raja disanggah hanya kerana ingin mempertahankan Pak Lah, Menantu dan Patrick Lim! Bangkitlah wahai orang-orang UMNO. Kami di Rembau tidak akan mengalah dalam perjuangan untuk Menyingkirkan Pak Lah dan menantunya dari UMNO.

Kami telah membuktikan dengan memboikot menantu PM di Rembau. Jika tidak ada penipuan, beliau sudah pasti akan kalah dalam pilihanraya umum yang lalu.