| PM   bantah keputusan Istana, Umno pecat Ahmad  | 
| Azamin   Amin  | 
| KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Setelah   Peguam Negara 'campur tangan' berhubung perlantikan Menteri Besar Terengganu   yang tertangguh dua minggu, kini keadaan 'diburukkan' lagi dengan kenyataan   Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilihat membantah   keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja Trengganu melantik Anggota Dewan   Undangan Negeri (Adun) kawasan Kijal, Dato' Ahmad Said ke jawatan tersebut.  Selain   itu, Umno yang kini seolah-olah 'menunjukkan taringnya' kepada pihak Istana   melakukan tindakan yang mengejutkan banyak pihak apabila melucutkan keahlian   Ahmad dalam Umno kerana mengingkari arahan Umno  Dilaporkan   Ahmad, menerima watikah pengisytiharan pelantikannya daripada Yang Dipertua   Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang juga adinda Sultan Terengganu,   Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Shah.  Abdullah   dipetik sebagai berkata bahawa pelantikan Ahmad Said sebagai menteri besar   Terengganu dilihat sebagai tidak mengikut perlembagaan.  "Semua   Adun yang bilangannya agak besar itu tetap menyokong Dato' Seri Idris Jusoh.   Itu satu perkara yang tidak ada perubahan dari segi sokongan.  "Dengan   itu, maka sebarang lantikan yang dibuat terhadap orang lain itu, tidak kena   dengan Perlembagaan," katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan   22 Adun BN negeri yang membantah pelantikan Ahmad hari ini.  Sementera   itu menurut Malaysiakini, Setiausaha Agung Umno yang baru Dato' Seri Tengku   Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata Ahmad tidak berhak menerima watikah   itu kerana Abdullah yang juga Presiden Umno, telah mengeluarkan surat cara   pelantikan kepada Idris Jusoh untuk jawatan tersebut.  Manakala   Setiausaha Umno Terengganu, Dato' Rosol Wahid berkata perlucutan keahlian   Ahmad dalam Umno kerana menerima watikah pelantikan tersebut pagi semalam dan   surat rasmi pemecatan Ahmad akan dikeluarkan oleh pihak Umno Malaysia katanya   kepada Malaysiakini.  Terengganu   mengalami krisis pelantikan menteri besar sejak tamatnya pilihanraya umum 8   Mac walaupun BN menguasai 24 daripada 32 kerusi DUN.  Idris,   yang 'merampas' negeri itu daripada pentadbiran PAS pada 2004, tidak mendapat   'restu' istana apabila majlis angkat sumpah pada 10 Mac lalu dibatalkan tanpa   sebab malah situasi tersebut telah menyebabkan hubungan antara BN dengan   istana menjadi tegang.  | 
